pada tanggal 23 april 2016 kami telah menerima berita bahawa perginya seorang ayahanda yang baik...but not bodek but realitinya memang dia macam ayah...beliau telah menamatkan kontrak bersama Uitm Kuala Pilah..pemergiannya amat diingati..
di sebelah cik sadiq..nampak tak semangatnya memakai button batch equine squad..cik azri saya sedikit sajak untuk cik...mungkin nanti kita susah untuk jumpa tapi in shaa allah rumah cik doket somban ja ...hehe...dialah yang sentiasa setia melayan teloteh anak-anaknya ini...Quarter Master( jawatan dalam batallion) adalah orang yang selalu berhubung dengan ayahanda...kami x tahu bagaimana nak ucapkan cik...saya dengan menulis ini amapu meluahkan di sini...kau tiada penggantinya...
ku mengenalimu ketika ku baru masuk Uitm ini,
dan ku mengenalimu dengan ku masuk pasukan uniform ini,
mula-mulaku ku sangkakan kau adalah senyap orangnya,
tapi tekaanku meleset kau adalah permata yang bertaburan yang membawa cahaya kebahagian,
pengalamu bersamamu amat manis,
engkau membawa satu sinar di Uitm Kuala Pilah,
engkau jugalah manusia yang tidak boleh melihat nak-anaknya susah,betulkan cik?
apabila kita ada aktiviti dan selalunya bajet ada ,cik tidak akan mengambil makanan tu,
kata senior, cik tak kan makan kalau bejet kami,
tapi khudratmu, adalah sngat berharga buat kami cik,
engkau korbankan segala-segalanya buat kami,
kadang-kadang kami tertanya-tanya bagaimana dengan cik pula,
masa cik bersama keluarga cik,
tapi itulah pengorbanan cik buat kami semua,
kau tiada pengganti.
mohd azri bin wahab
itulah serba sedikit sajak ku untuk bekas pegawai di unit ko yang selalu menjadi tulang belakang equine squad di Kuala Pilah..in shaa allah kita kan jumpa lagi cik. kami tereyak(menangis) bukan kami sedih dengan pemergian cik tapi kami sedih pemergian cik yang membawa pengorbanan terhadap kami...kami semua sayang cik..setiap bebola mata anak-anakmu ini membawa dua perkataan kepada cikiaitu''terima kasih''..kata-kata yang ''simple'' tapi itulah paling bermakna kepada seseorang..saya percaya itu cik..cik kami mendoakan yang terbaik buat cik dan keluarga..moga kita akan berjumap dan hubungan silaturahim yang kita kan jalinkan ini membawa hingga akhir hayat hendaknya.
''ENGKAU TIADA PENGGANTINYA''
SELAMAT TINGGAL CIK MOHD AZRI BIN WAHAB




